Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Suatu hari sebelum cuti sekolah bermula, kedengaran satu suara yang cukup ku kenali bergema didalam bilik guru.
"Senyum memanjang ye hari ni Hani." Sapa Ain.
"Takdelah macam biasa," balasku pendek.
"Waaa! Tengok result subjek sains yang ko ajar semua lulus, taniah ada peluang jadi cikgu cemerlang nih.."
"Ishh! Salah tu ada sorang pelajar yang gagal ler. Tu pun ditangkap sebab meniru semasa exzem. Kelas pandai pulak tu. Itu pasal lerrr buat aku tension".jawab saye perlahan.
"Siapa? Pelajar kelas mana,' Ain mula menyoal.
"Siapa lagi, si jelitawan sekolah ni ler," jelas ku sambil tersenyum.
"Ohhh! Budak tu. Apasal jadi macam tu ?."
"Entah lerr, mungkin salah guru yang mengajar kot."
"Ye ke? Nko ler tu", kata Ain.
" Aaaaa aku ler guru subjek tu".
Sedih sangat. Marah ? Lagi la memuncak hingga ke 110% degree. Rasa macam nak side kick jer "kidney" pelajar ni. Ape dia ingat makcik ni tak brutal ke? Baru layan Meet Uncle Hussin dah nak tunjuk gengster KL gengster.Cissss!
Saye paling sedih sebab dia pelajar perempuan. Dah tu dari kelas pertama pulak tu.Mengapa mesti meniru? Adakah dengan meniru, keputusan yang cemerlang kamu dapat kamu akan berpuas hati?Hati siapa yang perlu kamu puaskan? Hati ibubapa? Hati guru atau hati rakan seperjuangan?Ya! Kamu berusaha memuaskan hati semua orang dan tahukah kamu natijah akhirnya kamu telah melukakan semua hati mereka.
Hati guru yang mendidik kamu, amatlah lara seumpama lahar berapi yang meledak tak kala mendapat berita anak didiknya ditangkap meniru.Sekeping laporan dihantar kepada waris, ketahuilah hati ibu dan bapa mana yang tidak terguris jika berita yang diterima amat mendukacitakan.Hati kawan-kawan,mungkin ada yang respek sebab kamu berani melakukan perkara tersebut tetapi percayalah respek begitu hanya membuat mereka ketawa dan mengata sesama mereka sahaja. Tiada apa yang perlu dibanggakan.
Saye marahhh! SANGATTTTTT MARAHHHHHH!!! Ingin saje bertukar menjadi hijau.
PRANGGGGGGG!!!!
Satu hempasan bunyi kuat kedengaran.Akibatnya bertaburan sisa laptop berjenama Dell berkecai akibat hentakan kuat ke lantai. Ya! Api kemarahan yang tidak dapat dibendung lagi telah menguasai seluruh ragaku. Ironiknya laptop berjenama Dell yang bukan milik kerajaan telah hancur. Maaf bukan berjenama Dell tetapi Acer telah menjadi sasaran amarahku.
Ishh! Tidak berani kulakukan sedemikian rupa kepada laptop kesayangan ini walaupun sekadar berjenama Acer, kerana andaikata disebabkan kebodohanku, maka rosak binasalah segala data-data penting didalamnya. Tidak mampu ku gambarkan kerosakkan itu. Begitu juga dengan celcom broadband yang kugunakan. Nampak gayanya perlu ku tukar kepada digi broadband yang semakin mengusik jiwa dek promosi gila-gila yang mereka tawarkan.
Teringat kata-kata didalam segmen Motivasi Pagi di IKIM FM,
"Marah itu ibarat dapur dihatimu. Jangan terlalu kuat apinya nanti hangus jadinya dan jangan tiada langsung baranya nanti dayus pula jadinya."
Jumpe lagi ['',]
Friday, 17 June 2011
Sifir amarah vs KL Gengster
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
budak tu perlu kaunseling dari org yg rapat dgnnya seperti ibu atau ayah. teknik kaunseling pun kena ada jgn sampai mempersalahkan budak tu 100%. ntahlahkan.. kerjasama mak ayah sgt penting. kalau tak susahlah budak tu nak berubah. haniii... jugak yg pening.
ReplyDelete