Tidak kisah apa yang saudara sokong. Itu adalah hak memilih bagi setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia yang sah.
Catatan ini hanyalah sekadar ingin berkongsi maklumat mengenai satu organisasi "Kabinet Pembangkang" yang ternyata mempunyai agenda dan matlamat yang cukup jahat untuk membawa seluruh penyokongnya kelembah kehancuran.
Bukan setakat isu-isu LGBT, rasuah, zina, video lucah, arak dan seribu satu macam lagi ibu kejahatan dan kemungkaran yang mampu dan akan mereka lakukan jika saudara memilih mereka sebagai pemimpin. [ Baca renung dan nilailah sendiri ]
Diistilahkan mereka sebagai "Kabinet Pembangkang" kerana mereka cukup berani membangkang malah secara terang-terangan mengingkari arahan dari penciptaNYA. Lihat bukti yang cukup nyata.
Firman Allah, maksudnya
"Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat, sujudlah kepada Adam, lalu semua sujud kecuali iblis. Ia enggan dan takbur, maka jadilah ia daripada golongan yang kafir. ( Surah Al-Baqarah 2:34)
Iblis adalah Ketua Pembangkang yang berani membanding-bandingkan siapa yang lebih mulia dihadapan penciptaNYA. Betapa angkuh, biadap,bodoh dan tidak sedar diri menyebabkan dia terus dilaknat oleh Allah Yang Maha Esa.
Informasi:
Jika anak anda GAGAL SUBJEK MATEMATI? Usah dirisaukan! Hanya berikan apa yang mereka perlukan. Sebuah BUKU sahaja! Lihat Bonus Istimewa dari Hani. Klik disini segera !Sebagai makhluk yang memegang status Ketua Pembangkang, Iblis telah menyusun agenda merangkumi misi, visi dan matlamat. Permohonannya untuk menjadi Ketua Pembangkang seumur hidup telah diizinkan oleh Allah sehingga ke satu tempoh yang telah ditetapkan..
Lihatlah matlamat dan akujanji yang mereka lafazkan dan Allah Yang Maha Esa telah rakamkannya didalam Al-Quran sebagai bukti kesesatan mereka.
Allah berfirman, maksudnya,
" ( Syaitan ) berkata wahai tuhanku, kerana engkau telah menjadikan aku sesat, pasti aku akan memperindahkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya ( manusia ) didunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semua kecuali hamba-hamba mu yang ikhlas dalam kalangan mereka". ( Surah al-Hijr 15:39-40 )
Allah Yang Maha Berkuasa telah memperkenankan permintaan syaitan agar diberi usia yang panjang sehingga kesatu tempoh yang telah ditetapkan. Justeru tidak hairanlah jika kesempatan ini telah mereka gunakan dengan sebaik mungkin. Segala agenda dan matlamat yang telah mereka lafazkan akan mereka realisasikan sebaik mungkin dengan apa cara sekalipun. Maka satu organisasi telah dibentuk dan disusun dengan begitu sistematik dan ia tetap konsisten dengan matlamat dan tujuan asal. Errr! tidak ada isu lompat parti atau berpaling tadah kerana mereka semua setannnn ! :P
Sesungguhnya Kabinet Pembangkang ini begitu tersusun. Mempunyai satu sistem dimana jawatan yang tertinggi tidak akan dicabar oleh mana-mana menteri. Dibantu oleh menteri-menteri dan juga barisan AJK khas yang dilantik memegang portfolia tertentu berdasarkan kepakaran khusus yang dimiliki mereka didalam bidang-bidang tertentu. Berikut adalah carta organisasi kabinet mereka.
Kabinet Pembangkang Laknatullah
Tagline : Memperindahkan segala jenis maksiat kepada manusia.
Ketua Tertinggi : Iblis ( Ketua bagi semua syaitan )
Menteri :
1. Dasim
Kepakaran dan tugas : Meruntuhkan organisasi kekeluargaan.
2. Khanzab
Kepakaran dan tugas : Menimbulkan rasa was-was semasa solat.
3. Al-A'war
Kepakaran dan tugas : Mengajak lelaki dan wanita menghampiri zina.
4. Al-Wahan
Kepakaran dan tugas : Menimbulkan rasa was-was semasa berwuduk.
5. Zalanbur
Kepakaran dan tugas : Mencipta suasana zalim didalam urus niaga.
6. Miswat
Kepakaran dan tugas : Syaitan yang bertanggungjawab didalam perkara dusta.
7. Thabr
Kepakaran dan tugas : Yang akan menghampiri manusia yang ditimpa musibah dan berusaha menjadikan manusia rasa teramat gelisah dan tidak redha menerima ujian .
Keanggotaan dan ahli : Terbuka dari kalangan jin dan manusia.
Kabinet pembangkang ini berkempen 24 jam 365 hari tanpa henti. Setiap dikalangan manusia akan dikempen dari arah kanan, kiri, hadapan, belakang, dari atas dan bawah oleh petugas-putugas peraih pengundi mereka. Justeru hanya mereka yang benar-benar ikhlas sahaja yang akan terselamat dari terjatuh didalam kumpulan ini.
Allah berfirman, maksudnya,
" Sesungguhnya syaitan ialah musuh yang nyata bagi kamu." ( Surah Yasin 36:60)
Tepuk dada tanya iman. Jumpa lagi ['',]
ps : Selamat mengundi.
pps : Dapatkan Bonus Istimewa dari Hani. Hanya untuk 50 orang terawal sahaja. Sila Klik DI Sini Segera !
No comments:
Post a Comment