Friday, 15 March 2013

Happy Ending? Ohhh! My Student!


Gembira satu nikmat daripada kurniaan Allah. Namun jika berlebihan ia juga akan memudaratkan kita.

Satu amalan yang disukai oleh Allah ialah apabila seseorang hambanya mengembirakan hamba yang lain. Berdasarakan satu hadis, Rasullullah bersabda, maksudnya,"Amalan yang paling dicintai Allah Taala adalah rasa gembira yang engkau resapkan kedalam hati muslim atau mengeluarkan masalah daripadanya atau membayarkan hutangnya atau mengusir rasa laparnya". ( Riwayat Ibn Abi al-Dunya dan at-Tabarani ).

Hmmmmm....mengembirakan hati anak-anak didik akan membuat mereka lebih mudah untuk didekati, komunikasi dan interaksi akan lancar seiring. Suasana akan lebih harmoni dan tumpuan pada pelajaran akan lebih tinggi.

Mudah sangat untuk diaplikasikan jika sekadar disebut dibibir atau lebih mudah dipanggil sebagai satu teori. :P

Insya Allah, apabila kita menggembirakan orang lain, secara tidak langsung kita juga akan rasa gembira. Setuju!

Apakah yang membuat anda merasa gembira wahai sekelian anak didikku?

Satu pertanyaan jika boleh ingin saja dibuat satu soal selidik atau survey samada secara online ataupun melalui borang agar boleh dibuat satu kesimpulan apa yang boleh menggembirakan hati mereka. Namun apakan daya, saye tidak mampu untuk mengolahkannya kerana kekangan tugas dan masa.

"Oooiii...Makcik,untuk mengetahui apa yang boleh membuatkan seseorang itu rasa gembira dan bahagia terutama anak didik engkau, tidak perlu bersusah payah sebegitu",kata Ain membantutkan lamunanku secara tiba-tiba.

"Macamanaaa,"soalku lemah gemalai.

Sambil membetulkan kedudukan, Cikgu Ain mula membuka teorinya sambil berkata,' apalah susah sangat sampai macam tu. Itu cari kerja lebih namanya. Untuk selesaikan masalah ini, engkau hanya perlu lakukan sedikit perubahan.

"Maaacamana tuuuuuuuu," intonasi suara yang lebih gemalai dari tadi :)

Cikgu Ain semakin bersemangat,"Hani, engkau hanya perlu tunjukkan sikap ambil berat dan prihatin terhadap mereka itu sudahpun memadai".

" Ye ke? Tapi macammmanaaaa," ni dah ala-ala Ella :P

Ok Hani, i bagi you 3 tips mudah untuk mengembirakan student.

"Ok, i dengar apa dia", masa ni jasad saja didepan Ain, mindaku masya Allah dah sampai ke kedai makan ikan bakar. Kalaulah Ain tahu aku tengah terbayang ikan keli bakar dicicah dengan air asam, hmmm...memang sedap tak terkata dah. Perghh! Aduhaiiiii.

Sambil tu....

Ok Hani kalau you nak catit pun catitlah. Tips ni i baca dari sebuah majalah. Tips bagaimana hendak menggembirakan student.

No 1. Beri Mereka Penghargaan.
Hargai pelajar anda  dengan memberi kata-kata pujian walaupun sesuatu perkara itu nampak mudah atau remeh. Hargai usaha yang mereka lakukan kerana sebenarnya student amat-amat mendambakan pujian dan penghargaan dari seorang guru. Sesuai dengan fitrah kita, manusia amat suka dipuji. Jadi rajin-rajinlah memuji pelajar anda pasti mereka akan suka.

No 2. Banyak Senyum.
Setiap hari bila kekelas tu, bermula dari bilik ni sampai kekelas engkau perlu banyak senyum. Senyum itu satu sedekah dan dari senyumlah akan membuka pintu-pintu kebahagiaan. Senyum Hani, senyummmm :)

No 3. Banyak Memberi Kebaikan
Memberi kebaikan adalah bahasa cinta kata bijak pandai. Setiap manusia amat menyukai kebaikan yang diberikan kepadanya. Memberi kebaikan adalah bukti kita mengambil berat hal ehwal mereka kerana ia mengambarkan rasa kasih sayang terhadap seseorang. Lebih-lebih lagi student yang sedang meningkat dewasa, walaupun gaya nampak brutal tetapi jauh disudut hati mereka masih terdapat lagi jiwa-jiwa sentimental apabila dibuai akan mudah terusik. Jadi banyakkanlah memberi kebaikan kepada mereka kerana memberi kebaikan itu akan membuat mereka terfikir kita ikhlas membantu mereka sambil itu kita yang memberi juga akan merasa bahagia kerana yang memberi lebih baik dari yang menerima.

   Disatu dimensi lain, Ikan bakar yang paling aku gemari ialah ikan keli....ikan keli tak juga...ikan keli ni last choice bila ikan yang lain dah habis. Ikan yang paling faveret ialah ikan siakap. Hmmmm...kalau ikan siakap dicicah paling kurang pun dengan kicap yang digaul dengan bawang dan cili padi ditambah sedikit perahan limau nipis,terangkat dibuatnya. Tambah pula dengan nasi yang masih lagi panas, tak terkata bahagianyaaaaaaa....ZZzzzzzzz. Ehhh! Kalau ikan siakap dah habis, ikan talapia pun boleh la layan. Sedap juga tu. Adoii...tambahan lagi ada ulam-ulaman macam daun selom ataupun ulam raja.Paling tidak pun pucuk gajus. Adoii...bahagianya apabila dicicah dengan sambal belacan. Sambal ni lagi sedap kalau ditumbuk...kalau yang dah blender tu pun boleh la jugak. Aku pun selalu juga blender....mana nak larat tumbuk...lagi pun rumah aku mana ada lesung batu.... :P Ishhh! Sedapnya tak terkata...ZZZzzzzzzzzz....saat ni kalau ajak Ain pun bagus juga....tapi Ain tak suka ikan bakar....lebih-lebih lagi ikan air tawar....banyak sangat dikomennye. Yang dia tahu ayam dengan daging je...mana tak badan berisi.... ZZZzzzzzzz!

Disaat itu kedengaran satu suara yang jauhhh antara dengar dengan tak. Saat itu muka Cikgu Ain sudah berubah.

Hishh! Ikutkan hati nak saja aku hempok Hani ni dengan buku. Penat aku bagi tips, dia bole tido. Dah la tu siap ada bunyi lagi tuu. :P

Moral :  Dah pukul 1:30 .... sendiri mau ingat :) hihihi



No comments:

Post a Comment