Lazimnya saya tidak pernah mengambil tahu maksud kod bar (
bar code ) yang terdapat pada barangan yang dibeli dipasaraya. Pengetahuan yang
ada didalam minda saya cuma memahami bahawa kod bar inilah yang mengurangkan
helaian kertas bernilai didalam dompet kecilku ini.
Selepas diimbas dengan mesin pengimbas maka angka-angka yang
telah disetkan dengan memberi keuntungan kepada penjual secara tersurat
terpapar dilayar moniter dihadapan kaunter pembayaran. Berlaku proses
pertukaran antara helai bernilai dengan barangan tadi. Masing-masing tersenyum dan proses pun
selesai
Namun hari ini lain sikit feelnya. Rasa ingin tahu tentang
kod bar ini meruntun didalam jiwa. Itupun setelah terperasan terdapat satu
label yang terlekat pada buah-buahan yang dibeli disebuah pasaraya berdekatan.
Apa tujuan label ini dilekatkan pada buah-buahan jarang
sekali kita hiraukan termasuklah saya. Ini kerana menjadi kelaziman kita jika
hendak membeli buah-buahan perkara pertama sekali mestilah buah-buahan yang
segar, bersih, besar dan yang penting sedap mata memandang. Itu yang menjadi
kriteria pilihan utama. Selain daripada itu akan ditolak ketepi.
Apa tujuan label ini dilekatkan pada buah-buahan didalam
pasaraya ini jarang sekali kita soalkan. Menyumpah lagi ada la. Itu pun pada
buah epal kerana label inilah menyebabkan ia perlu dibasuh dengan betul dan
untuk lebih selamat lagi ia perlu dikupas kulitnya jika tidak mahu bekas-bekas
gam ini terus masuk kedalam perut.
"Ishhh koboi terus makan jer macam tu. Adik tengok dia
gosok-gosok dekat baju atau seluar terus digigitnya". Itu koboi dik.
Epalnya tiada label dan lagi satu jangan cuba-cuba tiru cara mereka".
"Kenapa mama?". "Sebab errr sebab....sebab mereka tu
busuk". "Ye ker busuk. Mama ada kawan koboi ke?".
"Arggghhh....tak..tak ada.. tapi mama tahu la mereka tu busuk sebab banyak
lalat hurung mereka". "Oooo ada lalat..patut la".
"Mama...mama... koboi tu mandi tak?". Hish...sudah...sudah.. jom kita
makan epal ni dulu". Susahnya nak
menerangkan kepada anak-anak generasi alfa ni banyak sangat informasi yang nak
diketahuinya.
"Engkau itu pun tak tahu", kata Ain bila saya
soalkan kenapa pada buah-buahan yang terdapat di pasaraya giant, sunshine,
tesco, Jaya Jusco semuanya mempunyai label. "Label tu maksudnya tanda
tarikh luput buah-buahan tersebut. Kalau makanan didalam kotak atau tin mudah
sebab tarikh luputnya sudah dicatatkan dan tempoh untuk makanan itu rosak agak
lama berbanding dengan buah-buahan jadi bagi buah-buahan label macam stiker
itulah yang dilekatkan", terang Ain panjang lebar.
Lojik juga penerangan sahabat baikku ini.
Rupanya selama ini kita jarang mengambil berat tentang
tarikh luput buah-buahan. Itu belum lagi yang berkaitan dengan makanan lain
seperti ikan, ayam dan daging. Tarikh luput yang bermaksud tahap jangka hayat
kesegarannya yang harus kita tahu dan menjadi keutamaan semasa membuat pilihan.
Kita seringkali tertewas apabila membeli belah di pasar
malam atau di pasar ikan. Murah dan
banyak seringkali membuat kita terliur. Apabila buah-buahan menimbun didalam
pinggan atau ikan yang dilonggokan membusut dengan harga,"murah..murah...murah!",
pekikan dan jeritan dari penjual acapkali kita tersasar. Entah kemana
menghilangnya memori perkataan tahap kesegaran jangka hayatnya yang perlu
dipersoalkan. Mungkin telah di NLP kan minda kita dengan teknik pemasaran
setelah digasak agar bertindak cepat dan pantas bertalu-talu dengan sengaja
oleh penjual. maka kita pun membelinya. :P
Inilah perbandingan dua situasi yang perlu kita
pertimbangkan. Membeli barangan di
pasaraya atau dipasar biasa seperti pasar malam atau pasar ikan mempunyai dua
variasi. Ini pilihan masing-masing. Dua keadaan yang berbeza. Masing-masing
mempunyai kelebihan tersendiri. Kita sebagai pengguna bebas menentukan pilihan
kita.Tiada paksaan seperti yang dilaungkan didalam pengertian demokrasi.
Apakah garis panduan saudara didalam situasi begini?
Tarikh luput buah-buahan iaitu tahap jangka hayat
kesegarannya telah dinyatakan didalam label kod bar yang dilekatkan pada
buah-buahan tersebut. Inilah maklumat yang disertakan sebagai satu tanda
khidmat sosial kepada masyarakat oleh pihak yang berkaitan.
Maklumat yang berharga ini seringkali kita tidak hiraukan
kerana kita tidak tahu dan lebih parah apabila tidak mahu ambil tahu apa yang
ada pada kod bar ini. Saya la tu :(
Lupakan yang negatif dan ubah kepada positif. Mari kita
lakukan segera!
Maklumat yang ada pada kod bar pada buah-buahan ini
menerangkan bagaimana hasil produk ini ditanam. Untuk pengetahuan semua produk
buah-buahan ini telah dipecahkan kepada 3 kategori bagaimana ianya ditanam.
Kategori itu terdiri daripada konvensional, organik dan pengubahsuaian genetik
( GMO). Melalui angka pada kod bar inilah yang kita tahu bagaimana buah-buahan
itu ditanam.
Jika kod barnya hanya mempunyai empat digit nombor pada
pelekat maksudnya buah tersebut ditanam secara konvensional atau secara tradisi
dengan menggunakan racun serangga. Jadi buah tersebut perlulah dicuci dengan
bersih sebelum memakannya.
Jika kod barnya mempunyai lima digit dan ianya bermula
dengan angka 8 ia bermaksud buah-buahan ini adalah produk hasil dari teknologi
GMO iaitu ia telah diubahsuai secara genetik.
Jika kod barnya mempunyai lima digit nombor dan ianya
bermula dengan angka 9 maka ia bermaksud buah-buahan itu adalah hasil tanaman
secara organik iaitu tanpa penggunaan racun serangga dan bukan dari teknologi
GMO. Jadi inilah yang lebih selamat untuk dimakan dan seharusnya menjadi plihan
utama. Apapun perlu dibasuh dahulu sebelum dimakan untuk memastikan tahap
kebersihannya.
" Salam pakcik,nak tanya buah jambu ni mana kod barnya,
saya tak nampak pun," soal seseorang pada pakcik yang menjual jambu air
ditepi jalan. Terpinga-pinga pakcik itu memikirkan soalan dari seseorang
dihadapannya ini. :)
NotakakiHani : . Setahun ku tinggalkan kini ku datang semula dengan berbagai warna untuk dikongsikan
bersama.
No comments:
Post a Comment