Semua sudah maklum bahawa keputusan SPM 2010 telah selamat di umumkan dan ia dikatakan yang terbaik dalam tempoh 4 tahun. Rujuk disini untuk membaca kenyataan Pengarah Pelajaran Negeri.
Taniah diucapkan kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang. [Jangan lupa jasa ibubapa yang banyak berkorban kepada anda !]
Seperti biasa, selepas mendapat result kemanakah halatuju yang hendak dibawa?
Detik ini jika anda sebagai pelajar masih buntu hendak menyambung atau melanjutkan pelajaran ke universiti mana, apa kata rujuk ke sini untuk mengetahui mengenai universiti awam dan swasta yang ada didalam Malaysia.Anda boleh search informasi dilink ini.
Itu infromasi tempat pengajian didalam Malaysia. Kalau anda yang cemerlang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara macam di
Setelah mendapat beberapa tempat pengajian yang anda fikirkan sesuai dengan keputusan maka berbincanglah dengan keluarga dan dapatkan nasihat dari mereka. Janganlah malu untuk bertanya dan meminta pendapat dari sanak saudara dan yang lebih baik lagi dari mereka yang sedang atau telah melanjutkan pelajaran di universiti atau kolej.
Kadangkala pengalaman sesorang boleh dijadikan panduan berguna untuk kita kerana kehidupan di kampus merupakan satu perkara baru bagi anda yang baru hendak melangkah masuk ke alam dewasa yang mencabar ini.
Tapi usah risau kerana setiap kesusahan akan menjadi satu kenangan terindah untuk anda kenangkan kelak. Jadi isi dan hayati kenangan hari ini agar ia menjadi sesuatu yang indah
ramai juga yg terkorban kerana tak lulus spm. sekrang ada lagi ke hani?
ReplyDeletemmmmm harap2 bkn anak didik saye akak... he he he
ReplyDelete