Showing posts with label handphone. Show all posts
Showing posts with label handphone. Show all posts

Monday, 14 April 2014

SmartPhone The Journey.

Satu Tekanan

Masih lagi mengutarakan perkara yang sama berkaitan dengan teknologi canggih masa kini. Smartphone atau lebih kenali sebagai telefon pintar yang mempunyai berbagai rekaan dan fungsi yang canggih hasil kajian dan kreativiti pereka di abad ini.

Sebut saja handphone terdapat berbagai jenama yang tampil dipasaran bersilih ganti. Antara yang lazim menjadi santapan mata ialah seperti nokia dan sony yang menjadi kegilaan masyarakat kita suatu ketika dahulu. Selepas itu blackberry dan HTC tampil menawan. Apabila berganjak kefasa telefon pintar pula, jenama seperti Apple dan Samsung seringkali menjadi  rujukan dan kini Oppo N1 jenama dari China mula memasuki pasaran Malaysia mencuba nasib sebagai pesaing utama. ( Ini sekadar pendapat penulis sahaja dan bukan fakta spesifik. Maklum! )

Melihat kronologi perkembangan teknologi telefon bimbit, ia cukup pantas beredar dan teknologi ini sentiasa berkembang dan bersaing diantara satu sama lain. Jika tidak peka keadaan sekeliling, kita boleh diibaratkan seperti katak didalam gelas.


Tambahan pula profession sebagai seorang guru adakalanya perasaan akan terusik apabila melihat gadget yang dibawa dan ditunjukkan oleh pelajar cukup canggih. Terasa diri ini kerdil dan tertinggal dibelakang sekali.

Itu belum lagi merujuk kepada applikasi media sosial yang digunakan. Desakan dan pertanyaan daripada mereka menyebabkan saye mula mencari informasi di google, apa itu whasApp dan we chat. Bertambah haru apabila applikasi ini hanya untuk telefon bimbit tertentu sahaja. Sekali lagi jugalah terpaksa mencari apa itu android dan jawapannya tetap sama iaitu ia untuk telefon bimbit tertentu sahaja.

"Cikgu kena tukar handphone baru boleh guna apps ini",kata seorang pelajar kepada saye tempoh hari. "Handphone cikgu ni orang dah tak pakai", tambah seorang lagi.

Hoi! Kamu ingat murah ke handphone ni?, sergah saya manja :P.

Satu kelas ketawa. Lantas seorang pelajar mencadangkan saya bertukar kepada telefon pintar ataupun ala-ala pintar seperti Samsung Corby. Kemudian disarankan kepada saye menggunakan Samsung Galaxy ataupun Nokia S60 yang boleh diserasikan dengan applikasi android atau ios.

" Cakap lerrr guna smartphone baru le orang faham", gerutu saye didalam hati.

Err! Dah lain ke definisi handphone dengan smartphone? Makin pening dengan kederasan teknologi terkini atau mungkin saye yang ketinggalan keretapi.Entah :P

NEXT >>

Read more...

Thursday, 3 April 2014

Puts Selfies First

Kecanggihan telefon bimbit semakin hari semakin hebat. Pengeluar berlumba-lumba memastikan kecanggihan masing-masing.

A cameraphone that puts selfies first.
Sekali dengar jenama handphone ini seperti kpop. Oppo. tetapi bukan gangnam style mari. Ini made from China. Oppo N1. Selepas keluar preview di Buletin Utama rasanya populariti handphone ini akan naik mendadak. 

 Lazim barang dari China harga bole kawtimkan. Sekali tengok perghh! Sama naik dengan laptop...RM1798.00. Kalau tak caya tengok dekat web site ini.www.oppomobile.com.my. Ops! Ini harga semasa kite belek dekat paper Metro. 

Smart Camera 
Brilliant screen 
Entertainment on-the-go 

Lalu cuba belek Sony pulak. Xperia T2 Ultra. Harga boleh tahan. Cuma RM 1299.00. Cuba tengok disini Sonymobile...Tapiii...makin nakkk kenal saja Oppo N1 ni.

Hmmm...cuba cari info dekat sini.engadget. Nampak macam positif je fedback. Satu yang buat saye suka kat Oppo N1 ni ialah, salah satu fungsi baru yang diperkenalkan iaitu O-Touch. Nampak macam best je. Lepas tu terdapat satu lagi aksesori. Sekali pandang macam alarm kereta. Rupanya remote shutter camera. 

Jiwa kacau :P
Read more...