Wednesday, 22 May 2024

Satu Revolusi

Salam Semua

Maaf agak lama juga tidak hadir kesini. Blog nombor dan sifir ini tebal berdebu dan bersawang. Umpama rumah yang ditinggalkan. Usang dan terbiar. Macamana nak explain ye. Hmmm... dunia berubah kehidupan berubah dan segalanya berubah. 

Insya Allah im back...Hani Mastura comeback moga tuhan memberi saye kekuatan dan kesihatan yang baik dan dapat handle blog ini kembali. INSYA ALLAH.

Ok saye nak kemas blog ni..mula-mula nak cari penyapu nak sapu semua habuk ...pastu nak mop lantai kasi berkilat...errrr pastu nak haaa...penyapu sawang tak bawa. Habis nak sawang guna apa...alamakkk..alamakkkk....alamakkkkk !!!!




Read more...

Saturday, 26 July 2014

Kosong-kosong

Salam
Hmmmmmm.... Salam Aidilfitri. maaf zahir dan batin.

Kosong-kosong :)

Jom tonton video berikut



Read more...

Wednesday, 16 April 2014

Free ebook Download Here!

eBook Percuma - The Roadmaps.

Agak lama juga tidak berkongsi tips disini. Saye akui kelemahan diri. Selalu terbabas dari perancangan yang telah dirancang.

Fail! Gagal merangcang adalah merancang untuk gagal.

Memang tepat dituju kepada saye.

Bangkit! Buangkan kacamata hitammu itu dan gantikan dengan kacamata hijau agar engkau dapat memandang dunia ini penuh dengan warna-warni.

Mari saye tunjukkan draf untuk ebook ini yang tersadai berbulan-bulan yang lalu. Antara task yang telah diagihkan sesama tim.

  • Cover ebook
  • Design concept
  • Tips and information
  • Drafs info
  • 5 article posting for blog
  • Technical task

Task saye sikit saja. Tips and information. Draf. Ohhh! draf dah buat cuma...cuma tak siap. Ishh! Macam alasan anak didik kat sekolah je. Memang drafnya saye dah buat cuma tak sempat nak compile saja. Buktinya dibawah adalah mindmaps yang saye buat.



Drafnya dah berterabur didalam fail dan notebook saye. Insya Allah, saye akan kumpul semula dan jadikan ia sebuah ebook percuma untuk saudara ditahun 2014 ini. Semoga ia dapat membantu anak-anak memahami dan menyukai Subjek Matematik di sekolah dan juga didalam kehidupan

Dibawah satu tunjukkan juga cover yang telah siap didesign oleh jejarikeras Studio!



Ada yang sudi download? Sila pm saye nanti atau lawati facebook kami disini!

Jumpa lagi :)

p/s :  Miliki Naskah Sifir Master dengan Harga Kasih Sayang. Klik disini SEGERA !


Read more...

Monday, 14 April 2014

SmartPhone The Journey.

Satu Tekanan

Masih lagi mengutarakan perkara yang sama berkaitan dengan teknologi canggih masa kini. Smartphone atau lebih kenali sebagai telefon pintar yang mempunyai berbagai rekaan dan fungsi yang canggih hasil kajian dan kreativiti pereka di abad ini.

Sebut saja handphone terdapat berbagai jenama yang tampil dipasaran bersilih ganti. Antara yang lazim menjadi santapan mata ialah seperti nokia dan sony yang menjadi kegilaan masyarakat kita suatu ketika dahulu. Selepas itu blackberry dan HTC tampil menawan. Apabila berganjak kefasa telefon pintar pula, jenama seperti Apple dan Samsung seringkali menjadi  rujukan dan kini Oppo N1 jenama dari China mula memasuki pasaran Malaysia mencuba nasib sebagai pesaing utama. ( Ini sekadar pendapat penulis sahaja dan bukan fakta spesifik. Maklum! )

Melihat kronologi perkembangan teknologi telefon bimbit, ia cukup pantas beredar dan teknologi ini sentiasa berkembang dan bersaing diantara satu sama lain. Jika tidak peka keadaan sekeliling, kita boleh diibaratkan seperti katak didalam gelas.


Tambahan pula profession sebagai seorang guru adakalanya perasaan akan terusik apabila melihat gadget yang dibawa dan ditunjukkan oleh pelajar cukup canggih. Terasa diri ini kerdil dan tertinggal dibelakang sekali.

Itu belum lagi merujuk kepada applikasi media sosial yang digunakan. Desakan dan pertanyaan daripada mereka menyebabkan saye mula mencari informasi di google, apa itu whasApp dan we chat. Bertambah haru apabila applikasi ini hanya untuk telefon bimbit tertentu sahaja. Sekali lagi jugalah terpaksa mencari apa itu android dan jawapannya tetap sama iaitu ia untuk telefon bimbit tertentu sahaja.

"Cikgu kena tukar handphone baru boleh guna apps ini",kata seorang pelajar kepada saye tempoh hari. "Handphone cikgu ni orang dah tak pakai", tambah seorang lagi.

Hoi! Kamu ingat murah ke handphone ni?, sergah saya manja :P.

Satu kelas ketawa. Lantas seorang pelajar mencadangkan saya bertukar kepada telefon pintar ataupun ala-ala pintar seperti Samsung Corby. Kemudian disarankan kepada saye menggunakan Samsung Galaxy ataupun Nokia S60 yang boleh diserasikan dengan applikasi android atau ios.

" Cakap lerrr guna smartphone baru le orang faham", gerutu saye didalam hati.

Err! Dah lain ke definisi handphone dengan smartphone? Makin pening dengan kederasan teknologi terkini atau mungkin saye yang ketinggalan keretapi.Entah :P

NEXT >>

Read more...