Saturday 12 April 2014

Tolong ! Jangan Ganggu Tidur Guru Wanita Malaysia

Awas! Wanita yang tidak cukup tidur dimalam hari lebih cenderung mengalami tekanan ditempat kerja dan emosinya mudah terganggu. Ini boleh menyebabkan ia menjadi seorang pemarah.

Kenyataan ini bukan sengaja saye reka. Ia adalah hasil kajian Prof. Jim Horne iaitu seorang Pengarah Pusat Kajian Tidur, University Loughborough United Kingdom. Jadi jika wanita tidak kira memegang apa-apa status atau profession, jika emosinya berubah maka fahamilah mereka memerlukan sedikit masa untuk tidur. :) ( beri laluan ye..).

Menurut seorang lagi Pakar Kajian Tidur iaitu Dr. Micheal Breus dia mencadangkan agar wanita diberi masa tidur atau rehat sebentar sekitar tidak melebihi 90 minit. ( Wow! Thanks a lot Dr Mike  :) ). Menurut kajian mereka, rasional wanita :)  diberi masa untuk tidur sekejap bukanlah sekadar untuk berehat bersenang lenang tetapi ia adalah untuk membolehkan sistem didalam otak mereka dibaiki secara semulajadi. Semakin lama otak digunakan maka semakin lamalah tempoh diperlukan untuk pulih semula.


"Hebat fakta ini", kataku pada Cikgu Ain sambil rebahkan kepala diatas meja.

" So i nak tampal kenyataan ini besar-besar kat dinding, biar ramai cikgu lelaki lihat..supaya they all tak kata kita ni kaki tidur..kan cikgu Ain kannn.

" Buat apa you nak susah-susah tampal, bagi aje kat HEM, biar dia baca kan senang" satu suara garau pasti milik spesis jantan kedengaran. Macam pernah ku dengar tapi dimanaa yaaa. Lalu ku mendongak memandang  pemilik suara itu.

Heee...hee..heee...assalam mualaikum cikgu. Errr dah makan, spontan ayat ni keluar.

" Mana kenyataan tu saya nak baca kalau boleh saya nak tolong tampalkan,"kata Cikgu Fazli merangkap Pengetua sekolah.

"Theee...theee...theee..mana ada kenyataan apa-apa cikgu. Saja borak-borak kosong. Ehhh! Dah cukup masa la, saya ada kelas lagi ni. Minta diri dulu ye cikgu. Bergegas keluar dari bilik guru. Sempat memandang si Ain. Cikgu Ain senyum panjanggggg dari biasa dan aku rasa nak termuntah.

Ciss! Harapkan pagaq...pagaq memang tak boleh diharap. :P





No comments:

Post a Comment