Monday 9 April 2012

Kenapa Aku Gemuk?

Kenapa Kau Gemuk? Kisah Benar
Gemuk satu perkataan yang sesetengah orang amat fobia untuk mendengarnya. Apatah lagi jika secara tiba-tiba seorang rakan menegur sambil memberi tahu,' engkau semakin hari semakin gemuk la Ain." :)  Pasti perkataan itu akan terngiang-ngiang ditelinga dua atau tiga hari.Mungkin akan terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Lebih drastik lagi sesetengahnya akan meng gooogle semahunya untuk mencari informasi menghindarinya. Habis keyword seperti melangsing badan, diet, crash diet, slimming, fitness and slimming dan yang seangkatan dengannya dicuba. Hebatnya perkataan gemuk terutama kepada kaum Hawa namun sesetengah kaum Adam ada juga yang dua kali lima seperti kaum Hawa yang juga begitu fobia dengan perkataan gemuk. Mereka yang digelar lelaki metrosexual.

Namun ada satu spesis yang tidak menghiraukan bentuk badannya seperti guni padi. Malah dia amat berbangga kerana sepanjang hidup keturunan mereka semuanya memiliki saiz XXXL. Malah lagi gemuk lagilah bertambah tinggi hidung mereka kerana ia melambangkan status dan kekayaan yang mereka miliki dipersekitaran mereka.

Kisah betoi ni :P merupakan satu kisah yang mengajak saudara berfikir mengapa spesis ini amat menitikberatkan penambilan mereka. Mereka amat berbangga jika saiz mereka melebihi dari saiz standard yang terdapat pada rakan-rakan disekeliling mereka. Jika dibuka pusat pelangsingnan badan seperti London Weight Management atau pusat fitness seperti Fitness concept dikawasan mereka pasti dapat bertahan cuma 3 hari sahaja sebab bosan tak ada pelanggan yang datang. Spesis ini mana mahu badan mereka slim kerana jika saiz cekeding saja sah-sah jiran-jiran akan mengata dan bergosip dia sakit atau pemalas. Hebatnya penerimaan mereka terhadap saiz badan.

Akhirnya rahsia kenapa mereka mendewa-dewakan saiz yang besar terbongkar secara tidak sengaja akibat dari kelalaian salah seorang keturunan mereka. Dibawah diceritakan kisah sensasi mmmmm mungkin kisah seram.... mmmmm......tak sesuai la pulak...... mungkin kisah motivasi...mmmmm hentamlah labu. Aku pun hentamnlah labu oiiii.

Kisah dan perjalanannya bermula disini........
Suatu hari Rudy ( bukan nama betoi :P ) berjalan tanpa arah. Sudah hampir 4 jam perutnya belum menjamah makanan. Perut yang kosong merengek manja meminta diisi secepat mungkin. Rudy masih lagi berjalan perlahan-lahan. Terhendap-hendap mencari apa saja yang boleh dimakan. Namun hari ini rezeki yang tuhan janjikan masih belum lagi ditemui. Rudy tetap bersabar kerana baginya kesabaran itulah kunci kepada kejayaan.

Perjalanan diteruskan. Sesekali Rudy memetik pucuk-pucuk muda yang dijumpai disepanjang jalan bagi meredakan kemelut didalam perutnya. Apakan daya apa yang dikunyahnya tidak mampu memenuhi diet harian seperti kelazimannya. Rudy semakin pasrah. Mungkin rezekinya tidak ada disini. Dia mula menukarkan haluan ke arah sebatang sungai yang menjadi tempat kegemaran mereka memburu ikan dimusim mengawan.

Rudy akur, ini bukanlah musim mengawan bagi ikan-ikan yang menjadi sumber protin kepada mereka. Jika musim mengawan Rudy dengan sebebas-bebasnya menangkap ikan berbakul-bakul bagi santapan mereka sekeluarga. Malah hampir berbulan-bulan mulut dia berbau ikan. Itulah saat kemewahan mereka. Apabila dia terkenangkan kembali musim itu hatinya berbunga keriangan dan perutnya semakin bergetar seolah-olah merayu tolonglah penuhkan perut mu ini segera.

Ditebing sungai Rudy melangkah berhati-hati. Dia faham benar jika tersilap langkah mengimbangi badan buruk padahnya. Saiz yang besar apabila tergelincir silap haribulan nyawa pun boleh melayang. Rudy amat faham benar akan perkara tersebut. Dengan perlahan-lahan Rudy menuruni dan meredah air sungai yang mengalir tenang. Hampir lima bulan hujan tidak membasahi dikawasan ini. Dasarnya kelihatan menandakan isipadunya semakin hari semakin kurang. Jika empat bulan lagi hujan masih tidak turun, kawasan ini akan menjadi tumpuan binatang mencari punca air. Saat itu mungkin mudah sedikit untuk dia mendapatkan makanan tetapi didalam masa yang sama juga dia memerlukan punca air untuk minuman. Ahhh! Pedulikan semua itu. Aku perlu mencari makan untuk hari ini segera. Esok lain cerita.Bentak Rudy.

Terhegeh-hegeh Rudy mengendap dicelah-celah batu. Dia terperasan sesuatu sedang bergerak. Dengan menggunakan kemahiran matematik dia mula mencongak bagaimana untuk menangkap ikan yang telah dilihatnya tadi. Dengan menggunakan formula geseran dan formula graviti Rudy mula mendarab menggunakan sifir 9. Akhirnya dia tersedar bahawa dia perlu menggunakan formula kelajuan sebab untuk menangkap ikan dia harus mempunyai kepantasan melebihi renangan ikan tersebut. Hish ! Bab matematik ni yang buat aku malas ni rungut  Rudy.

Akhirnya setelah berhempas pulas Rudy berjaya juga menangkap seekor ikan. Ikan tersebut bukanlah ikan bersaiz dewasa. Ikan yang ditangkapnya itu adalah bersaiz anak-anak dibawah umur. Kecil dan tidak bermaya. Namun disebabkan oleh rontaan dan mainan irama diperutnya, Rudy tetap bersyukur kerana mungkin itulah rezeki yang ditetapkan untuknya pada hari ini.

Rudy sedang merenung ikan ditangannya. Sekejap lagi ikan tersebut akan dimakan. Belum sempat Rudy membaca bismillah ikan ditangannya bersuara. Wahai Pakcik yang besar dan gagah perkasa. Saya mohon janganlah memakan saya. Tidakkah Pakcik kasihan melihat saya yang tidak bermaya ini. Lihatlah badanku yang kecil ini pasti tidak akan mengenyangkan perut mu itu.

Rudy kaget. Dia mula kasihan melihat nasib ikan tersebut.

Anak ikan itu bersuara lagi, wahai Pakcik yang mancho lagi hensem apa kata pakcik lepaskan saya semula ke sungai. Apabila saya telah dewasa kelak andaikata Pakcik terjumpa saya, pakcik tangkap dan makanlah saya. Saat itu saya tidak akan merayu lagi malah saya akan berbangga kerana dapat menyengangkan perut pakcik yang besar ini. Anak ikan yang genius itu bersuara memujuk Rudy. Moga-moga Rudy akan melepaskannya.

Wahai Pakcik yang hensem lagi rock. Hey! Anak ikan aku bukan meminati rock aku lebih kepada k-pop faham jerit Rudy dengan garangnya.

Ohh! Maafkan saya Pakcik. Saya ingatkan pakcik meminati rock. Rupanya pakcik minat k-pop macam kakak saya.

Ohh! Kau ada kakak ye, soal Rudy.

Yea pakcik. Kakak saya cukup cun. Kalau pakcik berminat boleh saya rekomenkan. Sebelum tu lepaskanlah saya dulu. Saya janji akan bagi nombor telefon kakak saya. Kalau pakcik ada bawa ipod atau ipad boleh saya tunjukkan gambar dia didalam facebook. Gerenti pakcik berkenan punya. Baik punya ayat si anak ikan itu memujuk Rudy.

Hmmmmm...Rudy mula berfikir didalam mindanya. Betul juga ye. Kalau aku dapat kakak dia sudah pasti aku akan kenyang hari ini. Lepas puas aku cuit-cuit akan aku terus ngapppp. Ikan yang cun itu pun hilang dari pandangan. Rudy mula berfantasi apa yang perlu dilakukan kepada kakak si anak ikan tersebut. Nafsunya mula menayangkan tayangan yang telah dikategorikan 18 XL oleh Lembaga Penapis Filem Malaysia. Nafsu yang dari tadi mengeletar diperut kini mula menguasai fikiran. Rudy menjilat bibir dan mengetip giginya.

Anak ikan mula tersenyum. Diharap musuh yang menangkapnya itu akan terpedaya dengan rancangan licik yang dia susun sebentar tadi. Sumpah katanya didalam hati. Aku mana ada kakak. Aku ni anak yatim. Ipod dengan ipad pun aku tak pernah tengok apa lagi nak bukak akaun facebook. Harap-harap kebodohan mahkluk yang menangkapnya itu akan tertewas dengan strategi spontan yang dia lakonkan tadi. Anak ikan mula terbayang seolah-olah dia seperti Donald Trump yang sedang berurusan dengan client yang bakal memberinya jutaan dollar kemewahan. Hatinya mula girang. Jangan disangka anak ikan tidak mampu menewaskan si besar hodoh ini. Bisiknya didalam hati.

Wahai Pakcikku yang hensem dan bakal menjadi abang ipar ku. Apa yang pakcik fikirkan lagi. Lepaskanlah saya segera dan saya pasti akan memperkenalkan pakcik dengan kakak saya yang jelita itu. Kalau pakcik kenal Rozieta Ciks Wans artis yang jelita di tv pasti pakcik akan tertawan dengan kakak saya kerana rupa mereka seiras. Jika berjalan bergandingan pasti orang ramai akan terkeliru yang mana satu kakak saya dan yang mana satu si Rozieta. Apa pakcik ingin melepaskan peluang keemasan ini? Rasa saya peluang ini tidak akan pakcik miliki sampai bila-bila kerana ia merupakan peluang terbaik untuk pakcik miliki segera. Jadi daftarlah segera pakcik...ehhh yea ke ni?!...Ini adalah ayat yang anak ikan itu pinjam dari leder-leder MLM. Hampeh betul la anak ikan ni. Semua teknik dan strategi habis dia gunakan demi untuk menyelamatkan diri. Jangan sekejap lagi dia bukak seluar sudahlah......malas betul aku nak tulis tau :P

Rudy mula terfikir. Jika kakak si anak ikan itu secantik artis Malaysia. Oh! Alangkah indahnya hidup ini. Biar semua orang terjojol bijik mata melihat dia bergandingan dengan awek cun. Sudin dengan Moktar pasti akan tertelan gigi melihat aku bergandingan dengan si jelitawan ini. Mungkin si Senah akan menyesal tak sudah kerana tidak men add dia didalam group di facebook. Baru mereka tau sapa Rudy. Bisik Rudy didalam hati.

Pakcikkkk.... manja suara si anak ikan itu menyapa Rudy. Boleh tak lepaskan saya segera ke sungai. Lagi cepat Pakcik lepaskan lagi cepat saya boleh bagi nombor telefon kakak saya. Mungkin kakak saya boleh terus datang berjumpa dengan pakcik disini. Silap hari bulan boleh jadi blind date pakcik yang teristimewa nanti. Si anak ikan tidak jemu merayu.

Rudy ketawa dengan kuat. Macamana yek nak gambarkan. Saudara bayanglah sendiri. Boleh kannn.
Rudy ketawa terbahak-bahak. Anak ikan tercenggang. Apakah si besar huduh ini sudah gila. Dia kehairanan.

Lepas habis ketawa Rudy tersenyum dan memandang tepat kearah anak ikan itu.
 Wahai anak ikan adakah kakak kamu akan terpesona dengan muka dan tubuhku yang besar ini. Soal Rudy. Errrrr! Insya Allah Pakcik. Belum try belum tahu pakcik. Zaman sekarang rupa dan saiz bukan lagi menjadi syarat nombor satu. Asalkan pakcik berwang sudah pasti sesiapa saja akan menyukai pakcik.

Rudy ketawa semula. Tapi kali ini lebih kuat dan buruk sekali.
p/s: Saudara bayanglah sendiri ye.

Yaaa! Wahai anak ikan aku ni memang beruang. Keluarga aku semuanya beruang malah keturunan aku juga digelar beruang. Kalau begitu baguslah pakcik, diluar sana semua gadis dan wanita amat meminati sesiapa yang mempunyai banyak wang. Beruntunglah pakcik kerana berwang. Bodek si anak ikan dengan jujur.

Rudy ketawa semakin kuat, Persis gajah naik minyak.
p/s : Hmmmm saudara bayanglah sendiri sekali lagik yea. :P

Tiba-tiba dia menempit. Bodoh punya anak ikan. Aku ni bukan berwang. Aku ni beruang. Di ejanya perkataan B.E.R.U.A.N.G itu dengan kuat. Kalau diluar negara they call me bear. You understand? Soal Rudy ber speaking London lagi.

Anak ikan terketar-ketar menjawab. Ohhh! Beruang.

Engkau tahu kenapa aku bersaiz besar begini, soal Rudy kepada anak ikan tersebut. Tak tahu pakcik, anak ikan itu menjawab dengan jujur.

Hishhhh! Rudy merengus perlahan seolah kecewa dengan pengakuan si anak ikan tersebut. Perlahan dia bersuara. Nak spesis kami ni tak ada yang kurus. Semuanya gedabak-gedabak belaka. Kalau ada yang kurus tu maksudnya dia bukan asal dari keturunan kami. Mungkin dia dah dikacuk dengan spesis lain. Maklumlah zaman moden ni kalau boleh semua benda depa nak kacuk. Kononnya atas nama kajian sains. Engkau tahu ke sains tu apa? Tak tahu pakcik. Hish ! Sifir kau dah hafal ke belum. Belum lagi pakcik sebab saya belum masuk ke sekolah tadika lagi.

Patut pun. Kakak engkau tak ajar sifir ke? Soal Rudy. Tak pakcik dia pun tak tahu sifir sebab asyik dengan facebook saja 24 jam. Jujur pengakuan anak ikan tersebut. Ibu dan ayah kau tak ajar sifir juga ke? Tak pakcik.

Pakcik asyik bertanya tentang sifir ni kenapa? Ada kena mengena dengan saiz badan pakcik ke? Soal anak ikan tersebut. Rudy tersenyum tetapi didalam hati cis! Anak ikan ni banyak soal pulak.

Tahu tak wahai anak ikan kenapa badan keturunan aku semuanya bersaiz besar. Anak ikan itu mengeleng kepala tanda tidak tahu. Kami berbadan besar kerana kami tidak pernah menolak walau sekecil mana pun makanan yang kami dapat. Sekali kami genggam kami tidak akan lepaskan biar pun emas permata atau kakak kau yang cun itu sebagai galang gantinya.

Anak ikan itu terketar kerana dia telah tahu bahawa nyawanya akan berakhir sebentar lagi. Dia meronta sekuat hati. Rudy dengan lafaz bismillah terus menikmati rezekinya hari itu meskipun rezekinya amat kecil tetapi dia tetap memakan dengan penuh kesyukuran.

Moral of this story.

Gemuk terjadi disebabkan oleh tidak pernah menolak walau sebanyak mana pun makanan yang diberi. Itu statement yang dikeluarkan oleh Rudy tentang saiz keturunannya. Jadi kalau saudara gemuk ada baiknya dikaji semula apa yang dikatakan oleh Rudy. Mungkin secara tidak sengaja saudara terikut dengan gaya pemakanan spesis Rudy. :)

Dari satu sudut lain pulak jika direnungkan ada baiknya sikap yang ditunjukkan oleh Rudy. Tidak pernah menolak rezeki yang diberi walaupun sekecil mana sekali pun. Dia tetap bersyukur dan menikmatinya dengan penuh gembira. Manusia yang berakal haruskah mempertikaikan rezeki kurniaan Allah?

Rudy juga dengan sabar memakan walau sekecil mana pun makanannya. Tidak pernah menolah. Sekali digengam pasti tidak akan dilepaskan. Pelajar seharusnya berfikiran seperti ini. Walau sekecil mana pun usaha anda jika berterusan ia akan menghasilkan impak yang besar. Sedikit demi sedikit jika dikumpulkan akan bertambah besar akhirnya. Walau sekecil mana pun ilmu yang pelajar dapat, jika diamalkan dan rajin mempelajari dan mencari pasti akan bertambah ilmu tersebut.

Khusus untuk pelajar perempuan. Jika anda mencari pelajar lelaki yang berwang pastikanlah dengar betul-betul supaya tidak terlekat dengan lelaki spesis beruang. Bunyi saja jutawan hakikatnya hampehwan.

Jumpa lagi :)

3 comments:

  1. assalamualaikum..
    wah..rudy. hehe. kalo orang arab yang dah berkahwin kan, suami dia lagi suka isteri dia berisi or gemuk sikit. Dia bangga isteri dia berisi sebab org len anggap dia mampu bagi banyak makanan dan harta pada isteri dia. Sebab kalo isteri dia kurus, itu maknanya suami x mampu bg makan. Tapi kalo orang arab yang moden, dia sangat kisah berat badannya.

    ReplyDelete
  2. @armouris - thanks sharing
    @mastinah - jangan jadi mcm rudy bmi tak jaga bahaya ooo :) thanks visit here

    ReplyDelete